10 Madrasah Dan Rumah Keluarga

Setahun Al Azhar Care tertubuh , kami telah membantu lebih 10 Madrasah dan Rumah Keluarga yang diuji dengan Kebakaran.Innalillahi wainna Ilaihi rajiun.Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik didunia atau ganti Istana disyurga Kelak. Amin.

Rumah kali ini amat dekat dengan hati saya kerana disinilah saya membesar. Al Marhum Tuan rumah selalu menumpangkan saya ke Tadika . Dulu-dulu saya dan Mama akan berjalan kaki lebih 1 Km untuk ke Tadika, Jadi Al Marhum Tuan Rumah kalau nampak saya berjalan kaki akan menumpangkan saya dan menyuruh mama balik ke rumah.

Semasa sekolah Menangah , rumah ini juga port saya dan kawan-kawan menyiapkan kerja sekolah selepa isya. Kenapa ? sebab rumah inilah paling mewah dan besar diantara rumah kami semua. Siapkan Folio Geografi dan Folio Sejarah serta pelbagai brainstorm.

Hari ini Rumah hangus dijilat api, tetapi memorinya tetap utuh didalam ingatan kami.NGO Al Azhar turun membantu membersihkan rumah dan menghulurkan sedikit sumbangan.

Jika kalian mahu membantu daripada segi kewangan.

Boleh Bank In Sumbangan ke Akaun Pertubuhan Kami.Nama Akaun :PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AL AZHAR MALAYSIA

No Akaun :563028628897( MAYBANK )

Semoga dengan sumbangan kita , Allah menjauhkan bala bencana buat keluarga kita. Allahuma amin.

– Rahmat Ikhsan


Bantu Viralkan

Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *