Allahu akbar ! Allahu akbar !
Al Azhar Care dan 30 NGO Islam telah bergabung tenaga bagi melancarkan bantuan kecemasan untuk Lubnan.
seperti semua maklum, dunia baru-baru ini digemparkan dengan berita letupan ammonium nitrate yang telah meragut lebih 100 nyawa rakyat Lubnan dan 5000 mengalami kecederaan.
Letupan itu juga turut menjejaskan pelabuhan Beirut yang menjadi transport import yang merupakan nadi utama sumber ekonomi negara tersebut.
Dan lebih menyedihkan lagi, letupan itu juga turut melibatkan gudang tempat penyimpanan makanan ruji penduduk Lubnan iaitu gandum.
AL AZHAR CARE dengan ini mengambil inisiatif untuk bersama-sama membantu rakyat Lubnan dalam misi kemanusian dengan mengumpul dana untuk disalurkan kepada negara Lubnan.
Duta Khas Timur Tengah Tuan Guru Haji Hadi menyeru kita semua membantu Lubnan yang selama ini banyak membantu pelarian perang syria dan menjadi pintu masuk Misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Ayuh bersama-sama ringankan beban saudara kita di sana. Salurkan sumbangan serendah RM 10 melalui :
Pertubuhan Kebajikan dan Sukarelawan Alumni Al Azhar
5620 8562 5343
Maybank Islamic
PU Rahmat Ikhsan
Bendahari Al Azhar Care Malaysia
marilah kita sama-sama sebarkan status ini , moga lebih ramai menyumbang.
Jazakallahu khairan jaza
Bantu Viralkan
Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan