Apa kalian akan rasa?
Apabila kalian terserempak dengan rumah yang menerima bantuan pek makanan kalian tadi, sedang menjamah nasi dan telur yang baru sahaja kau berikan tadi buat mereka bersama 2 orang anak kecil.
Sumpah air mata ini terus BERGENANG.
Jelas terlihat beras yang ku beri sudah terbuka, telur yang berikat sudah diguna beberapa biji. Dalam hati ku berkata belum makan lagi kah mereka hari ini.
Terima kasih para penyumbang Al Azhar Care Moga Allah berikan nikmat limpahan rezeki kepada semua. Amin.
– Luahan rasa penggerak kami di Tawau Sabah.
Jom terus menyumbang bersama kami. Kita cuba bantu mereka yang betul-betul memerlukan.
Biar kita jadi manusia yang tergenal diakhirat kelak.
Bantu Viralkan
Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan