Pagi ini mewakili Al Azhar Care bagi menyampaikan sumbangan untuk Aid4Lebanon bersama NGO lain seluruh Malaysia yang diserahkan kepada Duta Khas ke Timur Tengah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertempat di Masjid Rusila, Terengganu.
Kesatuan 41 NGO seluruh Malaysia telah berjaya mengumpulkan Dana sumbangan sebanyak RM838,195 dalam masa hanya sebulan bermula 7 Ogos sehingga 10 September 2020. Sumbangan ini akan disalurkan kepada rakyat Lubnan yang terjejas akibat dari letupan besar baru baru ini. Mengikut statistik hampir 300,000 orang terkesan kerana kehilangan tempat tinggal akibat letupan sebelum ini.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Moga Allah rahmati kita semua.
Ustaz Zakwan
Aktivis Al Azhar Care.
Bantu Viralkan
Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan