Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itulah ucapan yang dapat diungkapkan bila kami melihat ujian dihadapi oleh Ustaz Hisham yang disahkan mengidap kanser pangkal hidung tahap empat sejak empat tahun lepas.
Akibatnya, kini beliau tidak mampu lagi bekerja bagi menanggung pendapatan keluarga, apatah lagi isterinya Ustazah Noraida Md Esa pula turut berdepan masalah batu karang di hempedu.
Ustazah Noraida kini terlantar di Hospital Selayang selepas muntah dan sakit di dalam perut akibat batu karang di hempedu.
Anaknya Uwais AlQarni berusia enam tahun pula juga terlantar sakit jangkitan kuman di selaput otak.
Anak syurga ini menghidap penyakit ini ketika berusia lapan bulan lagi.
Penderitaan ini amat berat buat keluarga Ustaz Hisyam malah mereka amat memerlukan bantuan orang ramai bagi menanggung kos perubatan.
Alhamdulillah sedikit sumbangan telah diberikan kepada Alfadil ust, AJK kami ustaz Alhafiz Ridzuan telah menyerahkan sumbangan sebagai mewakili daripada NGO dirumahnya Kg Sungai Tua Baharu.
Sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan kesembuhan kepada Alfadil ust.
Bantu Viralkan
Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan